Tuesday, August 16, 2011

TABLET SEBENAR DALAM XOOM

Motorola Mobility mengumumkan Motorola XOOM Wi-Fi, yang telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa akan dilancarkan bersama Maxis di Malaysia. Motorola XOOM Wi-Fi dengan Android 3.0 (Honeycomb) yang direka khusus untuk platform tablet menjadikannya peranti “mahu milik”.


Motorola XOOM WiFi kembali merealisasikan apa pengalaman tablet yang sepatutnya ditawarkan. Ianya direka dengan mementingkan pengguna dan memberi pengguna peluang untuk mempunyai keseronokan, menghubung dengan rakan-rakan dan pada masa yang sama produktif.


Samada melayari internet, menonton filem terbaru atau berbual melalui video dengan kawan-kawan, Motorola XOOM Wi-Fi akan memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan melalui rekabentuknya, kelajuannya dan grafiknya yang jelas serta Motorola Smart Accessories.

Maxis akan menjadi orang pertama di Malaysia untuk memiliki Motorola XOOM Wi-Fi. Pengalaman pengguna tentu akan ditingkatkan terutamanya fakta jelas yang menunjukkan Maxis hari ini mempunyai liputan jalur lebar 3G yang luas dan paling cepat di Malaysia, membolehkan pelanggan menikmati ciri-ciri Motorola XOOM Wi-Fi dengan data yang laju dan tiada bandingan di negara ini.

No comments:

Post a Comment